Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan penjanaan pendapatan pelancongan antarabangsa antara RM47 hingga RM77 bilion pada 2025.<br /><br />Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata sasaran itu adalah menerusi kemasukan seramai 16 hingga 22 juta pelancong antarabangsa.
